Banner

iLuvIslam

my LuvaLy uSim

my LuvaLy uSim

Monday, December 13, 2010

Kepulangan...





















terasa lemah jiwa ini utk berhadapan dgn-Mu..
terasa goyah langkah utk bertemu dgn-Mu..
terasa hina diri ini utk memohon mengharap pada-Mu..
terasa malu mengenangkan hati yg sentiasa bergolak..
terasa kotor wajah ini utk menghadap kesucian-Mu..
terasa janggal utk kembali pada-Mu tatkala payah,,...
sedang kala suka ku alpa terleka..lupa..

namun, tiada lg arahku tuju..
tiada lg tempat ku berpaling..
tiada lg jiwa ini mampu bergantung..
tiada lg hati ini bahagia tanpa-Mu..
tiada lg yg ku mampu....

hanya pada-Mu,
hanya mengharapkan-Mu..
hanya cinta-Mu..
hanya rahmat-Mu..
hanya maghfirah-Mu kupinta..
utk terus mengalir dlm nadi ini...
utk terus menghias wajah ini..
utk terus menguat langkah dekat pada-Mu..
utk terus mengidahkan hari ini..
utk terus memberi makna dlm hidup ini..
utk terus mendamai hati ini..
dgn kasih sayang-Mu..
dgn cinta-Mu..

tiada apa mampu ku lakukan..
hanya tangisan keinsafan..
hanya deraian penyesalan..
hanya titisan pengharapan..
yg mengalir bersama dosa kehitaman..
yg mengunci hati memenjara iman..
hingga tak mampu melihat cahaya cinta-Mu..

kini ku hadir pada-Mu..
dgn sekeping hati bersama secebis cinta..
yg entah sempurna..
tidak seindah cinta kekasih2-Mu..
tak seharum rindu pencinta2-Mu..
tak semekar pengharapan para pencari-Mu..
hanya jiwa yg berdosa...
hanya hati yg tiada apa..
hanya diri yg hina...
Ya Allah,, hamba-Mu ingin kembali...

Hijrahku..

wahai hati, berhijrahlah..
wahai jiwa, berserahlah..
wahai iman, bertambahlah..
wahai nafsu, bersabarlah..
wahai hidayah, bertandanglah..
wahai taqwa, bersemilah..
wahai diri, sedarlah..
Tuhanmu bersumpah..

"demi masa,,
 setiap dari kamu dalam kerugian,
pada setiap perbuatan,
melainkan,
mereka yg beriman dan berbuat amalan,
serta mereka yg berpesan-pesan,
demi kebaikan,
dan mereka yg berpesan-pesan,
dengan kesabaran.."

hati,,
apakah masih tidak kau puas?
dengan rezeki yg meluas?
dengan nafsu yg kau lempias?
dengan hartamu yg kian membanyak..
dengan usiamu yg makin berganjak..
dengan zuriatmu yg kian membiak..
tidakkah kau sedar kau kian mendekat?
perjalanan duniamu akan tamat..
masih ada jalan akhirat..
masih perlu kau tempuh titian sirat..
apa kau masih berehat?!
dengan amal yg tak kian meningkat..
padahal ajal kian mendekat..!
Izrail tak kenal pangkat..
apa kau masih tak dapat melihat?!!

jiwa,,
sudahlah bergembira..
hartamu takkan ke mana..
sahabatmu takkan selamanya..
namamu takkan ditanya..
yg akan disoal hanya
MAA RABBUKA!!
MAA DIINUKA!!
MAA NABIYYUKA!!
MAA KITABUKA!!
apa kau mampu membalas?
tiap soal Mungkar Nakir yg tak berbelas..
mengapa masih bermalas-malas?
apakah masih tidak jelas?
amaran Allah agar kau menjaga batas..
berapa banyak dosa kau nak galas?

jasad,,
mampukah kau menerima?
siksa qubur yg membinasa..
penantian mahsyar yg amat lama..
azab neraka yg panas membara..
sudah ramai memberi pesan..
rahmat Allah tak bertepian..
azab Allah tanpa kasihan..

tidakkah kau  ingat?
janjimu sebelum kau ke dunia..
pada Tuhanmu kau berkata..
tidak ada Tuhan melainkan Dia..
Muhammad adalah pesuruh-Nya..
tp mengapa kau dusta?
akan janjimu pada Yang Esa..
kembalilah..
pulanglah..


Ya Allah,,
hijrahku bersama air mata,
penyesalan segala dosa,
seluruh jiwa raga ku perhamba,
ku serah kasih ku damba cinta..
andai kau tak menerima..
apalah guna hidupku di dunia..

sesungguhnya..
solatku,pengorbananku,hidup dan matiku,
hanya pada-Mu yg satu..
terimalah kepulanganku ke pangkuan-Mu..



Cinta
























cinta itu ibarat bunga..
tak kira cinta pada siapa..
cinta harus dijaga,dibelai,dibaja agar subur tak terlayu dek masa yg terbuang,alpa dan leka hingga terpesona,lupa pada bunga..
cinta ibarat bunga..
dari kecil ia membesar,kembang subur,harum mewangi,membahagiakan sesiapa di sekitarnya...
itulah fitrah cinta..
indah,suka bila berada dgn cinta..
tapi jangan tersalah pilih bunga..
nampak indah,tapi beracun..
nampak cantik,tapi tak harum..
nampak lembut,tapi merbahaya...
 

cinta yg pasti ibarat mawar pergunungan..
susah dicari,payah dimiliki,tp bila disisi,harum mewangi,

tak akan dilepaskn..
cinta Illahi kan tetap di hati..
tak kan pernah menyepi..
sentiasa menemani..
hanya yg sedar kehadirannya dapat memiliki.....

Thursday, November 25, 2010

Rindu Padamu...اشتقت لك





Tiada sehari yang berlalu 
tanpaku mengingatimu
rindu padamu sentiasa mendambakan 
kasih dan sayangmu

semalam aku bermimpi
di dalam hujan kuberlari
berlari mencari
memanggil manggil namamu
namamu yang sempurna

ku harap dan kuberdoa
semoga dapat bersua denganmu
tiada kata yang dapat menggambarkan
perasaan yang kualami
cintaku ini tiada berbelah bahagi
cinta yang suci dan abadi

أدعو الى الرحمن
أرجو ان لا تنسانى
فى كل الأوقات نفسى وفأدى
 لك يا مالكى

apakah aku diterima
atau kau kan membiarkan saja
kerana ku berdosa
jangan biarku terhina
ku merayu padamu..

tiada kata yang dapat menggambarkan 
perasaan yang kualami
cintaku ini tiada berbelah bahagi
cinta yang suci dan abadi...

...مخصص لك
 انّ افتقد لك

Wednesday, November 24, 2010

Jika belum siap, Cintai ia dalam DIAM.....

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ... 

Tuesday, November 23, 2010

aKu mEnciNtaiMu keRaNa DIA...


semua dtg dr Allah..apabila sesuatu ditentukan kpd kamu,pdhal kamu tidak menyukainya,,ketahuilah,,Allah lebih tahu apa yg kamu perlukan..bertaubatlah,,“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang suka bertaubat kepadaNya,dan mencintai orang-orang yang membersihkan dirinya"(Al-Baqarah:222)

Tuesday, September 28, 2010

hAri iNi...

hari ni mcm bese je....kelas dr kul 8pagi smpai 10mlm..kelas pagi manyak menantoks maa...bantai nasik lemak nelayan lg la menggugat iman..dgn kuliah sayu dr Dr.Amir,,sadis je mate...pkul doblass....suke korg ye....posing time..!!!

posing b4 actual photo-shot
macam model
brader ni.....
wa gk ok...haha
rapat2 lagi.....
amek gamba sungguh2....



petang yg membosankan....En.Tahir tanak g kelas lg....


malam sadis....mule la wat benda ngarut...
sampan shenta dr ak+aty
sampan ziky+aty
terciptalah nukilan kreatif org kebosanan......

Wednesday, September 22, 2010

Puasa Enam (Syawal)

Puasa 6 ni wat pd bulan Syawal bermula 2 Syawal.
Hadis Nabi telah diriwayatkan mafhumnya, barangsiapa yg berpuasa pada Ramadhan dan 6 hari pada Syawal seolah2 telah berpuasa selama setahun..(aw kama qal)
So xde rugi kalau puasa 6 ni..banyak kelebihannya..selain pahala yg dijanjikan,kite buleh ganti terus..lain kata,,double la..puasa 6+ganti..(bg yg berkenaan je la..laki xde kot..)
yok same2 wat puasa 6..

barakallahulana.. 

Memo Buat Si Belangkas


Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai maksiat menular di sana sini.
Gadis hilang harga diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak pungut merata-riti.
Ah, sekotor inikah cinta anak muda? Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi.
Tangan manusialah yang mengotorinya.
Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan si dia?
Kenapa tidak nikah sahaja? Boleh khalwat lama-lama.
"Ingat nikah tu senang?!" Mungkin ini persoalannya.
Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta.
Sama ada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini.
Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.
Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuab asing hanya boleh dinikmati selepas berumah tangga. Ingat tu!
Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).
Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.
Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang menghampiri zina lagi tidak diredhaiNya.
Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun cinta,
Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam lautan cinta.
Teristimewa buat mereka yang tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi untuk meneruskan belajar atau mengejar cita-cita.
Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar menyegerakan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.
Pemuda selalu bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya nanti.
Faktor ekonomi amatlah membebankan benak mereka. Betulkan ya syabab?
Kerisauan ini lumrah... ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.
Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.
Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai hidup orang lain.
Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.
Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme.
Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani hidup.
Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:
"Dan nikahkanlah orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah maha luas pemberian_Nya lagi maha mengetahui." - An-Nur: 32
Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?
Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi:
"Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya."
Nabi Muhammad s.a.w juga memberi gambaran yang praktikal.
Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a:-
"Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." - Riwayat Bukhari dan Muslim
Tidak hairanlah Ibnu Mas'ud pernah berkata, "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan," kemudian beliau membaca firman Allah dalam surah An-Nur: 32
Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.
Buat kaum Hawa,
Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walauapapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.
Buat Syabab,
Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w.
Beliau bersabda:
"Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik." - Riwayat Ahmad, Baihaqi dan lain-lain
Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah.
Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.
Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.
Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk seorang anak, Percayalah!
Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah (pertunangan).
Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan.
Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang menghampiri zina.
Laksanakanlah ikatan dengan mana paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a menjelaskan:-
"Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah memudahkan peminangan dan kemudahan maharnya". - Riwayat Ahmad
Oh, kaum Hawa!
Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!
Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin.
Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu.
Yakinlah pada Allah. Berdoalah padaNya agar dipermudahkan nikah buatmu.
"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari

Monday, September 20, 2010

raya raya raya...

raya dah abes ke?asl ak xase cm raye pon tahun ni....bosan meh..
2 hari sebelum raye...
baru dpt baju raye dr aty..dok sebok2 ngetest ade org dtg umah, 'bang,kitorg dah nak tumbang lembu ni..ayah abg suh dtg..' yelah2 ak g la....sampai2,,amek kau....3 ekor dorg nk semelih....ak pon menyebokkan tgn tlg semelih n lapah daging..10kelo daging ak bwk balik...free kot....+ bape kelo tah tulang...buke tu wat mihun sup....kuah sup masak lam periuk kenduri tu....byk gle...
next day,,
hape nak wat tah...ayah ak ckp nak blk kedah,kampung kubor panjang...alamak mlsnye.....so siap2 la....balik ngn x bape nak rela..ak lg suke raye kt umah..tido je spnjg jln..sampai2,kan ak dah ckp bosan....kezen2 ak ngah men mercun..(kezen sume under age..) bez nak nyakat nih...haha..pom!!men mercun sampai gegar kampung...bez lak...eh,ak ckp bosan ke td??ne ade....bez je nih...hahah korg slh tgok tu...penat da la weh...tido la..sok raye...
hari raye...
wahh.....da raye la....awl gile ak bagon...nak cpt dapat turn mandi n stereka bju...haha...suda siap snap jap..oren maa....dah2 jom p semayang raye...balik semayang singgah kubor arwah tok wan..then balik umah nak beraye ngn famili...selamat ari raye sume...abg2 ak bg sorg 10hengget...ade 4 org so 40hengget la...jd la dr tadek lgsg...xsangke da tue2 ni dpt lg...tue ke??mude la....mintak mahap mama abah salah silap dose yg xhingat byk..halal mkn minom ye..then g beraye umah sedare...pas jumaat smbg beraya lg..kali ni follow famili je..nek kete round kedah g umah kwn2 abah..jalan sampai pnat la..mane tah di bawaknye..nak p umah pisya tp xtau ktne..no fon dye pon tah mne..len kali je la pisya ye....
raye 2  
penat beraya smlm..mls la nk g mne2....plan ngn abg2 nak blk ari ni..abah nak balik esok..yok gerak dulu..sampai perak suda....ari masih cerah...raye umah membe dkt2 dlu..kepanasan lak petang gini..lepak kt sungai ngn ank2 buah..kelah jom...malam tu mak ayh dorg bwk p mndi kolam air panas lak kt ulu legong..malas nak p..pnat..

raye 5
balik kampung mak lak..tade sape...opah br pas operate mata...lpak umah pakcik je...sok nak g putrajaya...jom..

Other Post

Related Posts with Thumbnails